Jom singgah kat iklan ni..

Sabah Culture

Create your own banner at mybannermaker.com!


PENDUDUK SABAH
Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek.


 Asal Usul Kaum Kadazan Dusun

Kaum kadazandusun merupakan kaum Bumiputera asli yang terbesar  disabah.. Dikatakan berasal dari taiwan (tempat asal-usul Orang Austronesia).Ini berasaskan persamaan dalam pakaian tradisional dan bahasa antara kaum Kadazan-Dusun dan kaum Alishan (bumiputera Taiwan).
      Mempunyai 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang,Tagahas,Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
      Suku kaum Dusuntinggal di Pantai Barat seperti Penampang,Papar,Tambunan,Tenghilan,Tamparuli,Ranau,Tuaran,Kiulu dan Keningau.
      Kumpulan etnik yang terbesar di sabah yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah.Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Istilah Kadazan-Dusun wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

Kaum Kadazandusun



Kumpulan etnik yang terbesar adalah kaum Kadazandusun yang merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah. Mereka adalah petani secara tradisi yang menanam padi sawah dan huma dan sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan 
 sungai. Berbagai-bagai kumpulan kecil dalam kumpulan Kadazandusun merangkumi kaum Kadazan di Penampang dan Papar, Lotud, Rungus dan kumpulan kecil yang lain di Tempasuk, Tambunan, Ranau dan daerah-daerah lain dengan sistem kepercayaan yang sama dengan beberapa variasi dari segi adat dan amalan. Kesemua etnik kecil ini menggunakan Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa pengantar mereka.



Kaum Murut

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta di wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Kebanyakan dari mereka adalah petani yang berpindah, pemburu dan sesetengah menangkap ikan sungai.




Bajau dan kumpulan yang sama
Kaum Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di kawasan pantai Sabah sejak beberapa ratus tahun dan telah diiktiraf sebagai sebahagian dari penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di kawasan pantai barat di samping terkenal sebagai penunggang kuda. Di pantai timur, mereka secara tradisi adalah nelayan.

 
Kumpulan lain
Kumpulan asli lain yang datang kemudian dan menetap di negeri ini termasuk kaum Suluk, berbagai-bagai kumpulan etnik Filipina selatan, Lundayeh dan Iban dari Sarawak dan Kalimantan, serta yang lain dari rumpun Melayu Indonesia.Walaupun terdapat sesetengah penduduk asli ini masih mengamalkan hidup secara tradisi tetapi ramai daripada mereka telah berkecimpung dalam berbagai-bagai bidang sebagai pekerja kolar putih dan biru, peniaga, kakitangan perkhidmatan awam dan ahli politik.





Kumpulan Bukan Penduduk Asl
Kumpulan bukan penduduk asli yang terbesar di Sabah ialah masyarakat Cina. Mereka telah menetap di Sabah
sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan etnik yang terbesar selepas kaum Dusun/Kadazan.
Kumpulan-kumpulan etnik di Sabah dapat dibezakan di antara satu dengan yang lain melalui adat resam dan amalan masing-masing di samping kebudayaan kebendaan khususnya pakaian, bentuk serta penggunaan hiasan diri.



SUMBER EKONOMI 
Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Kebanyakan Mereka bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman .Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas.  

TABURAN ETNIK MENGIKUT DAERAH

  • Dusun Kimaragang           - Kota Marudu
  • Kadazan                             - Penampang
  • Dusun Lotud                      - Tuaran
  • Orang Sungai                     - Kinabatangan
  • Kadayan                             - Penampang
  • Rungus                               - Kudat
  • Murut                                 - Tenom
  • Paitan                                 - Pitas


AGAMA & KEPERCAYAAN


Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain.


ADAT RESAM & KEBUDAYAAN


ADAT KAUM KADAZANDUSUN 
Asal Usul Makanan Padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun.Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoringan iaitu nama tuhan bagi nenek moyang suku kaum ini.Kinoringan(Tuhan) telah mengorbankan anaknya,Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran.Demi mengingati dan mensyukuri pengorbanan kinoringan dan Huminodun,nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti “Momohizan” dan “Humabot”

Upacara Momohizan Dilakukan setiap kali selesai menuai padi iaitu pada bulan ogos atau september.Upacara ini dilakukan untuk memuja dan memberi makan kepada semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan dan melindungi padi dari sebarang penyakit.Upacara ini dilakukan oleh seseorang digelar “Bobohizan”

MAKANAN TRADISIONAL


  1. Hinava
  • Merupakan makanan paling popular.
  • Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.
  1. Noonsom (Jeruk)
=Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar,  dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ),   nasi dan garam.
=Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.
=Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah.
  1. Pinaasakan
  • Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air tawar/ikan air laut ) dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.
  1. Sup Manuk Lihing
  • Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.
  • Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.
GAMBAR MAKANAN   TRADISIONAL



Ambuyat










Bambangan


Hinava


Karuk


Lombiding


Paku Pakis


Rebung


Sayur Manis


Tadong


Tarap



PAKAIAN TRADISIONAL

Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya kerana berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tradisinya.Pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Para gadis dari kaum Kadazandusun ini akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah.Pakaian tradisi juga termasuklah manik-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang,barangan antik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang syiling dolar berwarna perak. 



KADAZANDUSUN PENAMPANG  


Ciri-ciri pakaian tradisi.
      a) Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).
      b) Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur. (Sinompukung)
      c) Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya 'bobohizan'(kinoingan).
      d) Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.
      e) Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam
      f) Sigar - pelbagai corak dan motif pada tenunan 

 RUNGUS KUDAT


a) Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil 'Banat Tondu'.
b)Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja.
c) Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di bahu dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan.
d) Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.
e) Sigar.

  
GAMBAR PAKAIAN

Kadazan Papar



Kadazan Tambunan
Dusun Tindal


Dusun Lotud


Dusun Murut


Dusun Rungus


Sirung Papar


Sirung




Kadazan Penampang
Limpogot







Lilimbo






TARIAN TRADISI


Tarian Sabah mempunyai tiga puluh dua jenis etnik, lima puluh lima jenis bahasa dan kira-kira seratus dialek. Setiap etnik mempunyai kebudayaan, tradisi dan adat resamnya yang tersendiri. Mereka menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian. Antara jenis tarian suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah seperti: =





TARIAN SUMAZAU

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyembah semangat, dan mengubati penyakit.
TARIAN SUMAYAU

Merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian.Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu
TARIAN MAGUNATIP







      Sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari Suku
      Kwijau. Magunatip berasal dari perkataanapit' yang bermakna
      jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau
      terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap
    mengelakkannya.Tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh
    Kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang
      kuat serta rentak dan irama yang menarik.


PERAYAAN TRADISI
















PESTA KAAMATAN


      
Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan
"Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas
untuk  menghormati "Bambazon" iaitu semangat
padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi
kaum kadazandusun sejak zaman berzaman.
Perayaan Magavau" ini biasanya diadakan selepas
Selesai menuai padi



 ASAL USUL MAGAVAU

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu
mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun.Untuk
menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran
kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan
terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun.
Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat
selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan
berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada
kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana
sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi,
maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat
yang diberi nama "Bambazon".

MAGAVAU

Magavau merupakan upacara meraikan semangat padi yang diadakan sekali setahun pada perayaan Tadau Kaamatan. Pada hari Kaamatan, paderi wanita yang dikenali sebagaiBobohizan atau Bobolian akan melakukan Magavau. Mereka akan bergerak dalam satu barisan dan membaca jampi serapah dan kadang-kala akan lupa diri. Dikatakan ketika dirasuk, mereka tidak akan dicederakan oleh benda tajam dan mampu melakukan pekara-pekara yang luar biasa seperti bergerak dengan kelajuan luar biasa


Foto UPACARA MAGAVAU


















JOM BELAJAR SERBA SEDIKIT  BAHASA KADAZANDUSUN (KIMARAGANG)

Melayu                                           KE                             Dusun Kimaragang Sabah

Siapa nama kamu?                                               Isai Ngaran Nu?
Kamu dari mana?                                                 Mantad ko Sombo?
Aku rindu kamu.                                                  Lumangad/Langadon oku Dika
Selamat Pagi.                                                      Osonong Kosuabon
Apa khabar?                                                       Nunu Tabar Nu?
Aku cinta Kamu.                                                  Muhang Oku Dika.
 Jangan                                                               Kada/adaa
 Ikan                                                                  Sada.
kamu.                                                                    Ika
Seorang                                                               Songulun
Lelaki                                                                   Kusai
Perempuan                                                            Tongondu
Khawin                                                                  Manansawo
Sekolah                                                                 Sikul
Anjing                                                                  Tasu
Ayam                                                                    Manuk
Buaya                                                                   Monsoding
Biawak                                                                  Mandatan
Kenapa                                                                 Nunu/Nokuro
Tangan                                                                 Longon
Sini                                                                       Hiti/Siti
Bulan                                                                    Wulan
Orang                                                                   Tulun
Tinggi                                                                    Asawat
Tiada                                                                     Aiso
Bukit                                                                     Sokid
Pemarah                                                                 Orompus
Baik                                                                       Awasi
Dulu                                                                       Gulu
Senang                                                                    Osonong
Sekejap                                                                  Oruhai
Nanti                                                                      Kembagu
Memasak                                                                 Mangansak
Rumah                                                                     Walai
Daun                                                                        Roon/Roun
Cantik                                                                      Alanji
Hensem                                                                    Oligang
Bising                                                                      Ogongis
Putih                                                                        Opurak
Merah                                                                      Aragang
Hitam                                                                       Aatom
Kuning                                                                      Osilou
Hijau                                                                        Otomou
Tidak                                                                        Amu
Hantu                                                                        Rogon
Burung Hantu                                                              Puok
Kawan                                                                        Kuruhang
Malas                                                                         Malan
Panas                                                                         Alasu
Hujan                                                                         Darun
Burung                                                                       Tombolog/Tumbolog
Mama                                                                         Ama
Bapa                                                                           Apa/Tapa






ShoutMix chat widget


Followers

Jom Tinggalkan Link Anda Disini,..Jangan Lupa Follow Sekali yea...Thanks..^_^

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...