PENDUDUK SABAH
Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek.
Asal Usul Kaum Kadazan Dusun
Kaum kadazandusun merupakan kaum Bumiputera asli yang terbesar disabah.. Dikatakan berasal dari taiwan (tempat asal-usul Orang Austronesia).Ini berasaskan persamaan dalam pakaian tradisional dan bahasa antara kaum Kadazan-Dusun dan kaum Alishan (bumiputera Taiwan).
Mempunyai 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang,Tagahas,Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Suku kaum Dusuntinggal di Pantai Barat seperti Penampang,Papar,Tambunan,Tenghilan,Tamparuli,Ranau,Tuaran,Kiulu dan Keningau.
Kumpulan etnik yang terbesar di sabah yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah.Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Istilah Kadazan-Dusun wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.
![]() |
Kaum Kadazandusun |
Kumpulan etnik yang terbesar adalah kaum Kadazandusun yang merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah. Mereka adalah petani secara tradisi yang menanam padi sawah dan huma dan sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan
sungai. Berbagai-bagai kumpulan kecil dalam kumpulan Kadazandusun merangkumi kaum Kadazan di Penampang dan Papar, Lotud, Rungus dan kumpulan kecil yang lain di Tempasuk, Tambunan, Ranau dan daerah-daerah lain dengan sistem kepercayaan yang sama dengan beberapa variasi dari segi adat dan amalan. Kesemua etnik kecil ini menggunakan Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa pengantar mereka.
![]() |
Kaum Murut |
Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta di wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Kebanyakan dari mereka adalah petani yang berpindah, pemburu dan sesetengah menangkap ikan sungai.
![]() |
Bajau dan kumpulan yang sama |
Kaum Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di kawasan pantai Sabah sejak beberapa ratus tahun dan telah diiktiraf sebagai sebahagian dari penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di kawasan pantai barat di samping terkenal sebagai penunggang kuda. Di pantai timur, mereka secara tradisi adalah nelayan.
Kumpulan lain
Kumpulan asli lain yang datang kemudian dan menetap di negeri ini termasuk kaum Suluk, berbagai-bagai kumpulan etnik Filipina selatan, Lundayeh dan Iban dari Sarawak dan Kalimantan, serta yang lain dari rumpun Melayu Indonesia.Walaupun terdapat sesetengah penduduk asli ini masih mengamalkan hidup secara tradisi tetapi ramai daripada mereka telah berkecimpung dalam berbagai-bagai bidang sebagai pekerja kolar putih dan biru, peniaga, kakitangan perkhidmatan awam dan ahli politik.
![]() |
Kumpulan Bukan Penduduk Asl |
Kumpulan bukan penduduk asli yang terbesar di Sabah ialah masyarakat Cina. Mereka telah menetap di Sabah
sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan etnik yang terbesar selepas kaum Dusun/Kadazan.
Kumpulan-kumpulan etnik di Sabah dapat dibezakan di antara satu dengan yang lain melalui adat resam dan amalan masing-masing di samping kebudayaan kebendaan khususnya pakaian, bentuk serta penggunaan hiasan diri.
SUMBER EKONOMI
Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Kebanyakan Mereka bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman .Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas.
TABURAN ETNIK MENGIKUT DAERAH
- Dusun Kimaragang - Kota Marudu
- Kadazan - Penampang
- Dusun Lotud - Tuaran
- Orang Sungai - Kinabatangan
- Kadayan - Penampang
- Rungus - Kudat
- Murut - Tenom
- Paitan - Pitas
AGAMA & KEPERCAYAAN
Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain.
ADAT RESAM & KEBUDAYAAN
ADAT KAUM KADAZANDUSUN
Asal Usul Makanan Padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun.Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoringan iaitu nama tuhan bagi nenek moyang suku kaum ini.Kinoringan(Tuhan) telah mengorbankan anaknya,Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran.Demi mengingati dan mensyukuri pengorbanan kinoringan dan Huminodun,nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti “Momohizan” dan “Humabot”
Upacara Momohizan Dilakukan setiap kali selesai menuai padi iaitu pada bulan ogos atau september.Upacara ini dilakukan untuk memuja dan memberi makan kepada semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan dan melindungi padi dari sebarang penyakit.Upacara ini dilakukan oleh seseorang digelar “Bobohizan”
MAKANAN TRADISIONAL
- Hinava
- Merupakan makanan paling popular.
- Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.
- Noonsom (Jeruk)
=Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam.
=Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.
=Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah.
- Pinaasakan
- Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air tawar/ikan air laut ) dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.
- Sup Manuk Lihing
- Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.
- Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.
![]() |
Ambuyat |
![]() |
Bambangan |
![]() |
Hinava |
![]() |
Karuk |
![]() |
Lombiding |
![]() |
Paku Pakis |
![]() |
Rebung |
![]() |
Sayur Manis |
![]() |
Tadong |
![]() |
Tarap |
PAKAIAN TRADISIONAL
KADAZANDUSUN PENAMPANG
Ciri-ciri pakaian tradisi.
a) Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).
b) Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur. (Sinompukung)
c) Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya 'bobohizan'(kinoingan).
d) Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.
e) Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam
f) Sigar - pelbagai corak dan motif pada tenunan
a) Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil 'Banat Tondu'.
b)Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja.
c) Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di bahu dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan.
d) Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.
e) Sigar.
![]() |
Kadazan Papar |
![]() |
Kadazan Tambunan |
![]() |
Dusun Tindal |
![]() |
Dusun Lotud |
![]() |
Dusun Murut |
![]() |
Dusun Rungus |
![]() |
Sirung Papar |
![]() |
Sirung |
![]() |
Kadazan Penampang |
![]() |
Limpogot |
![]() |
Lilimbo |
TARIAN TRADISI
Tarian Sabah mempunyai tiga puluh dua jenis etnik, lima puluh lima jenis bahasa dan kira-kira seratus dialek. Setiap etnik mempunyai kebudayaan, tradisi dan adat resamnya yang tersendiri. Mereka menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian. Antara jenis tarian suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah seperti: =
TARIAN SUMAZAU
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyembah semangat, dan mengubati penyakit.
TARIAN SUMAYAU
Merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian.Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu.
TARIAN MAGUNATIP
Sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari Suku
Kwijau. Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' yang bermakna
jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau
terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap
mengelakkannya.Tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh
Kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang
kuat serta rentak dan irama yang menarik.
PERAYAAN TRADISI
PESTA KAAMATAN
Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan
"Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas
untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat
padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi
kaum kadazandusun sejak zaman berzaman.
Perayaan Magavau" ini biasanya diadakan selepas
Selesai menuai padi
ASAL USUL MAGAVAU
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu
mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun.Untuk
menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran
kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan
terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun.
Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat
selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan
berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada
kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana
sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi,
maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat
yang diberi nama "Bambazon".
MAGAVAU
Foto UPACARA MAGAVAU
JOM BELAJAR SERBA SEDIKIT BAHASA KADAZANDUSUN (KIMARAGANG)
Siapa nama kamu? Isai Ngaran Nu?
Kamu dari mana? Mantad ko Sombo?
Aku rindu kamu. Lumangad/Langadon oku Dika
Selamat Pagi. Osonong Kosuabon
Apa khabar? Nunu Tabar Nu?
Aku cinta Kamu. Muhang Oku Dika.
Jangan Kada/adaa
Ikan Sada.
kamu. Ika
Seorang Songulun
Lelaki Kusai
Perempuan Tongondu
Khawin Manansawo
Sekolah Sikul
Anjing Tasu
Ayam Manuk
Buaya Monsoding
Biawak Mandatan
Kenapa Nunu/Nokuro
Tangan Longon
Sini Hiti/Siti
Bulan Wulan
Orang Tulun
Tinggi Asawat
Tiada Aiso
Bukit Sokid
Pemarah Orompus
Baik Awasi
Dulu Gulu
Senang Osonong
Sekejap Oruhai
Nanti Kembagu
Memasak Mangansak
Rumah Walai
Daun Roon/Roun
Cantik Alanji
Hensem Oligang
Bising Ogongis
Putih Opurak
Merah Aragang
Hitam Aatom
Kuning Osilou
Hijau Otomou
Tidak Amu
Hantu Rogon
Burung Hantu Puok
Kawan Kuruhang
Malas Malan
Panas Alasu
Hujan Darun
Burung Tombolog/Tumbolog
Mama Ama
Bapa Apa/Tapa